Duit Raya, Ramadhan Semakin Hampir.
By yoy on July 20th, 2010
Kalau pergi pasaraya sekarang ni, rasanya dah bertimbun kot promosi Hari Raya. Padahal nisfu Syaaban pun belum lagi, puasa lagi la tak ingat. Promotion yang tak tentu kemurahannya lagi. Sama jugak di FB, wall aku sendiri dah banyak promosi baju kurung, kuih raya, baju melayu. Semua untuk persiapan raya.

Ramai dah sedar musim raya adalah musim buat duit. Macam2 strategi dah dibuat untuk tarik perhatian para pembeli. Terutama di internet yang kadang2 memang menipu. Tapi selalunya kita sendiri dapat detect.
Produk Fizikal.
Dah sah2 banyak produk2 fizikal macam pakaian dan kuih raya. Promotion harga, free postage, mesti perlu untuk tarik perhatian dan beri persaingan dengan penjual lain. Bagus jugak sebenarnya bagi yang tak sempat nak pergi usya kat kedai or nak tempah. Cuma ketelusan dari penjual dan kepuasan sendiri yang perlu dipertimbangkan.
Kebanyakan lelaki memang tak suka beli online. Lain pulak dengan perempuan, rasanya mau habis semua kena sapu.
Produk Digital.
1st, kena faham produk digital tu apa. Bila disebut produk, bermakna wujud ‘produk’ tersebut. Seperti tahun lepas, ramai IM yang jual ebook cara2 buat duit raya. Antara produk digital yang bagus untuk musim raya nanti.
Tapi ramai yang salah faham bila dikatakan produk digital sebenarnya tiada sebarang produk langsung. Multilevel la contoh mudah. Invite kawan masuk dapat RM20. Tak ada sebarang jual beli produk. Wang bulat2 diserahkan kepada atasan dan perlu mencari downline dan seterusnya. Makin nak sampai bulan Ramadhan ni, makin galak team2 macam ni dok promo. Kadang2 sakit jiwa jugak walau boleh block, email masuk spam tapi stil menjengkelkan.
Promotion bagai nak rak, join RM20 pulangan RM100 tiap2 hari. Mana datang duit 2? Mudah betul pemikiran orang nak cepat kaya.
Kalau semua join benda alah ni dan duduk goyang kaki tunggu duit masuk;
- siapa nak jadi cleaner?
- siapa nak jadi doktor?
- siapa nak jadi peniaga?
- siapa nak jadi polis?
Aku tunggu orang bagi duit raya je.



said on July 21st, 2010 at 4:55 am
aku pun heran ada jugak org percaya dengan bisnes gitu…er kat kg abang aku dok sibuk promote program apa ntah yang join RM10 jer…aduhai
etomyam recently posted..Panduan Tulis Blog- 10 Idea Sempena Ramadan
said on July 21st, 2010 at 6:33 am
puasa dah nak dekat lah tuh
kat wall fb aku macam2 kuih ada tinggal nk order aja .
said on July 21st, 2010 at 1:37 pm
bila eh nk tgu tknologi cnggih sapa aku tido je masuk duet..uuuuu,,mmg bez bangat la gtu.
benida recently posted..tgn yg xmau brenti menaipinilah kesan dan padahnye
said on July 21st, 2010 at 11:08 pm
apa saja yg berkaitan multilevel dan pyramid style, aku banned! mungkin ada yg buat kje betol tp disebabkn terlalu byk yg menipu
dark_half recently posted..8 Aku Pilih Neraka!
said on July 22nd, 2010 at 6:10 am
apa pasal yg percaya sangat ek..
diraja22 recently posted..PULANG DARI RAWATAN
said on July 22nd, 2010 at 10:46 am
Penjaga tandas sentiasa dapat 20 sen setiap kali orang masuk tandas. Kerja yang paling goyang kaki tapi pulang hampeh.
RozaniGhani recently posted..Asal Usul Custom Menu Twenty Ten WordPress 30
said on July 22nd, 2010 at 5:33 pm
Aku lagi suka jual pisang goreng untuk dapat duit raya daripada join MLM yang tak jual apa2 produk tu

kulanz recently posted..Selamat Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri Malaysia- YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
said on July 22nd, 2010 at 6:23 pm
said on July 24th, 2010 at 6:04 pm
bagi aku rezeki di mana-mana. asal berusaha pasti ada hasilnya!
Mus recently posted..Jom Sedut RSS Dengan WP-o-Matic – Free RSS Aggregator
said on July 27th, 2010 at 8:04 am
rezeki tu kena berusaha, takde istilah goyang kaki dapat duit. orang yang kata dapat duit senang tu pun kena usaha cari orang untuk join. kalau tak usaha cari dapat habuk gak

ST recently posted..Chromium BSU nostalgia permainan arked
said on July 27th, 2010 at 11:16 am
bagi lah saya wet hehehe..bby saya dah 1 tahun hoho..
said on July 29th, 2010 at 5:26 pm
Kerja yang goyang kaki adalah menjahit baju. Sebabnya, dia hanya putar roda mesin. hehehe
shaharil recently posted..Cara Mendaftar perniagaan dengan SSM