ShoutMix chat widget

[close]

Elakkan Diri Menjadi Hamba Blog.

By yoy on May 23rd, 2010

Blogging sekarang ni seolah-olah menjadi satu trend baru selain dari dunia Facebook. Rata-rata penggemar Internet mesti sekurang-kurangnya ada 1 akaun blog di blogspot. Aliran media baru ini bagus jika digunakan sebaik mungkin lebih2 lagi untuk menyebarkan ilmu.

Trend berblogging ni kian memuncak tatkala ketahuan tentang Blogger yang menjana wang online di akhbar. Tapi sedar atau buat2 tak sedar, ramai yang menjadikan diri mangsa blog. Terutama newbie2 yang memang bermatlamat membuat blog bukan untuk kepuasan atau hobi, tetapi untuk wang semata.

Berbekalkan berita yang digembar-gemburkan akhbar, mereka seolah2 yakin blogging dapat menjana income. Memang tidak salah, kerana sudah ramai yang berjaya dalam blogging ini sehingga mampu menampung hidup hanya dengan duit hasil blogging.

Cuma yang silap, cara dan teknik yang dilakukan. Membuatkan golongan ini menjadi hamba blog. Hamba blog di sini aku maksudkan memiliki simptom2 di bawah.

1.Resah setiap kali melihatkan trafik merudum.

- Most of newbie memang akan membicarakan soal traffic ni, risau blog tiada pengunjung tapi tak memikirkan cara untuk membuat entri yang menarik dan mampu menarik minat pembaca.

2.Spamming di chatbox sepanjang hari-nak tinggalkan komen, malas.

-Sebab tu kalau korang tengok, blogger2 yang dah terkenal jarang letak shoutbox. Bukan sebab sombong, diorang tahu kalau ada chatbox memang akan jadi port spamming.

3.Memaksa pelawat datang ke blog dengan tajuk2 entri berbaur lucah.

-Ha, yang ni bagi aku okay jugak, boleh ‘membersihkan’ keyword2 kotor. Cuma, selalunya kalau post2 yang ada unsur2 ni memang nampak blogger tersebut terdesak nak dapatkan traffic.

4.Sehari tak buka blog bagai ketagihan dadah.

-Kalau denggi ni, dah tahap Shock Dengue dah. Final stage. Kritikal.

5.Status Facebook penuh dengan link ke Blog.

-Facebook diwujudkan untuk persahabatan. Bukan ‘linkfarm’. Maka gunala =h Facebook sebaiknya. Tak salah nak promo, cuma jangan keterlaluan. Kadang2 sampai sepuluh post FB berderet link blog yang sama. Tak pasal2 kena remove friends nanti.

6.Hari2 bukak PRchecker untuk check PR blog.

-PR adalah Page Rank. Kalau sesiapa tak tahu boleh google. Aku malas nak terangkan sebab dah ramai blogger buat entri pasal ni. Cuma nak bagitau la pada sesiapa yang check hari2 benda ni, PR hanya diupdate oleh Prof Google selang beberapa bulan sekali. Maybe 3 to 6 month. So, useless check hari2 pun takkan naik.

7.Beraya dalam keadaan runsing kerana ketiadaan capaian internet di kampung.

-Bila blog dah jadi 1st priority, benda ni tak mustahil. No offense for those with niche blogs. Aku just maksudkan pada pemilik personal blog.

8.Sakit hati melihatkan follower blog orang lain ramai follower dan fan.

-Perasaan PHD ni memang tak dinafikan dalam diri manusia. Selalu ada. Sampaikan ada yang bertelagah dan bergaduh sesama blogger pasal benda ni. Buang la jauh2. Usaha sendiri untuk blog sendiri.

Kesimpulannya, janganlah jadikan diri mangsa blog. Ada teknik dan cara yang lebih baik dalam berblog jika korang betul2 mahu menjana pendapatan melalui blog. Tanyalah yang pakar dan sertai mana2 seminar blogging.

**kalau untuk personal blog macam aku ni, tak perlulah sampai nak gila fikirkan duit masuk. better belajar untuk niche blog. at least kalau gila pun duit masuk. Hehe.

Kongsi Meh!

blogging sekadar berkongsi. meluangkan masa agar tidak terbuang. berada di tahun akhir dalam sarjana muda di institusi pengajian awam. add beliau di Twitter | Facebook

65 Responses to “Elakkan Diri Menjadi Hamba Blog.”

  1. 1

    hoho cam pengalaman je ni bro…hehe

  2. 2

    ohh terasanya…:p

  3. 3

    biasa hantu fb… sekarang nie hantu blogging… bahaya tuh.. apa-pun kena bahagikan masa juga dengan kerja2 lain… :-)

  4. 4

    apa saja yang kita buat mmg kena berpada-pada

    aktiviti offline juga menarik

  5. 5

    Erm betul tu aku tengok kawan2 aku pon semua kejar duit semata2
    Bukan lagi kerana kepuasan dan minat..
    Then bila da tak jadi mulalah merungut kate tak betul bazir masa
    Padan muka hang..Orang blogging bukan kerana duit semata2..
    Masukkan minat dan juga sebagai hobi..Kerana dengan berblogging macam2 Ilmu boleh dapat..Sedar2 da jadi pro dalam internet .
    Just my 200 cent

    • 6

      nice nizam..mmg ramai yang jadikan blog sebagai tempat spamming untuk duit je..last2 bising2 traffic takde..give up

  6. 7

    salam..
    hurm berblog cukuplah jadikan dia sbg hobi dan perkongsian ilmu yang manfaat bersama-sama..klu nak lebih advance rasanya masih jauh lagi ni..huhu..

  7. 8

    tak salah jana wang dari internet tapi caranya kena betul ar macam bro cakap tu. di barat dah ramai berhenti keja dan buat duit dari internet. kita masih lagi merangkak kerana teknologi baru berkembang dan takde pendedahan..

    saya takdelah hamba blog sgt.. time ada cita best layan TV… tengah hari sure tido punya.. petang2 kuar gi jalan2 cari makan.. malam barulah nganga depan laptop..

    *err terasa dengan ayat nombor 5 tu… saya ni takde kawan sangat sbb tak sambung belajar lagi..lepak umah je jadi full time blogger..so ramai blogger yang add akaun FB.. kengkadang bila update status sendiri kat FB, takde siapa2 respon pun..adoiii..pastu jadi tempat ping blog arr FB tu…

    • 9

      waa..bagus fit..fulltime blogger..musti income masyuk ni..:)
      aku mmg suke fulltime blogger ni..boleh kate cita2 aku r..huhu best buat benda yang kita minat dan tak ‘makan gaji’..

  8. 10

    betoi tu.. blogger tegarlah sangat..
    tak dapat apa – apa pon daripada blog kalau blog tu hanya blog bebelan dan repekan. penyampaian ilmu remeh dan juga hiburan yg tak ada makna tu dibangga – banggakan. menyampah aku.

    blog takat mana mampu dah. tak ada masa jangan jadikan ia tekanan

    • 11

      macam tuju kat seseorang je luth..sape tu?story r jom:)

  9. 12

    sangat setuju dengan ulasan bro yoy…persepsi yang luas dan steady :D

    • 13

      steady ek..biase je..:)

  10. 14

    banyak pengalaman lah bro ni

    • 15

      pengalaman?haha setahun pun xsampai lagi blogging ni:)

  11. 16

    mantap, mantap. suka lah entry ni. dahsyat juga kalau betul2 jadi hamba blog… good advice lah, yoy.

    • 17

      thanks:)

  12. 18

    wa cool je.
    hahah =P

  13. 19

    oh aku amat setuju ngan point2 hang.. sangat best dan memakan diri sape yg terasa.. hahahaha…

    • 20

      jgn makan hati sudah..:)

  14. 21

    ouh.
    ada tanda2.
    tapi tak bape nak teruk =)

  15. 22

    suka dengan entri ni..awal2 aku didedahkan dgn duit tp skang blog untuk berkongsi info dan mncri kawan je..=p

    • 23

      bagus2..mari kita berkawan..hehe

  16. 24

    gmbr si gemok tu xpyg nk seksi seksa sgt ye……

    • 25

      ko le satu2nye selalu komen lua topik..huhu blog header aku da wat lom?:)

  17. 26

    hahaha.. terbaik la etry ni… mesti ramai yang teras ;p

    • 27

      tak tuju sape2..just reminder utk diri sendiri jugak:)

  18. 28

    ngah!!!!!!! baru aku tau spe yoycullen asyik2 orang cter pasal kau… “eh? yoycullen ade kaitan ngan kau ke? ” yoycullen tuh spe?? rupe-rupe nye kau!!!! ade gak family cullen aku… hehehehe.
    lari sket komen…

    ape yg kau cakap mang betul…. memang bnyak jenis blogger…. blogger gila trafik, blogger gila popularity, blogger sebab minat penulisan kreatif, ape-ape sebab blogging pun… jangan terdesak sangat… just jadi diri anda sendiri.. trafik xkan kemana… akan ke blog jugak…..

    • 29

      sape yang sebut2 tu?huhu ade gak cullen lain kat msia ni..sok2 edward cullen lak dtg blog aku..

      “trafik xkan kemana… akan ke blog jugak…..” kalau tak, ke jalan raya la..hehe

  19. 30

    Assalamualaikum,
    haha, terkena kat aku… keh3… tp aku xler check PR hari2… wakaka

    Ingat Hijau : Ingat Daus

    • 31

      sape ade check PR hari2 angkat tgn!! aku nak sekeh..hehe

      • 32

        aku check pr hari2… wakakakaka! pasal pe? pasal kat blog aku dah ader PR tuh… tiap kali aku tgk blog aku, tertngok la PR yg x naik2…

  20. 33

    dni ada perasaan gian berblog. at least satu entry sehari dah rasa lega.. ;p

    Klik Sini ^___^

    • 34

      bahaya tu..gian blog tahan lagi..:)

  21. 35

    aku nie, entahlaa…berblogging nie dh lama, tp ibarat mati segan idup tak mau…

  22. 36

    naseb baik belom terlalu addicted lagi..hehehehe :)

  23. 37

    jangan jadi hamba kepada blog. tapi aku setuju dgn semua pendapat2 kat atas tu. kalau berblogging sbb hobi atau minat, pasti kita x mengeluh kalau trafik x banyak pun.

    • 38

      betul..sbb tu ko rilek je nak delete blog lame ek..huhu naseb bek buat photoblog..

  24. 39

    suka dengan point2 yang diberi, blogging itu bukannya kn berpaksi kepada duit semata2 tapi minat

    • 40

      kalau dah bertuhankan duit, semua jadi tak ikhlas..bak kata kawan aku:)

      • 41

        stuju yg teramat, buat sesuatu dengan minat, hasilnya kemudian cerita

  25. 42

    Mantap dan berasas. Semuanya aku setuju. Takde nak tambah buat masa ni.

    Jaikan peringatan kepada blogger yang baru nak kenal dunia blogging (termasuklah aku sama…)

    • 43

      nanti2 kalau nak tambah silakan lah yek..:)

  26. 44

    Nasib baik aku blog utk hobi…kepuasan mengatasi segalanya. huhu. yoshhh

  27. 45

    blogging 4 fun.

  28. 46

    salam.. nak tanya.. apa maksud belajar niche blog?

    empunya blog personal juga :) tq in advance ye

    • 47

      niche blog senang crite blog khusus. contohnya blog kesihatan, blog teknologi.

  29. 48

    wew..ramainya yang setuju,tapi last-last buat camtu jugak..adoiiii,manusia..manusia..

  30. 49

    nsb bek aku x sampai thp cmni lagi..

    Jersi Baru Barcelona Musim 2010 / 2011 !

  31. 50

    blogging for fun je kan besh :D

  32. 51

    Betul bro….

    • 52

      betol3..

  33. 53

    setuju dengan beberapa poin but ketagih, tak lg. shout box mmg meresahkan

  34. 54

    Uii.. ramainya yang komen.

    Kadang2 kalau blog tak de komentar, tak buat spam, pun boleh buat duit jugak.

    Tapi kena tau cara lah. Pergi seminar memang ‘the best choice’. Kalu duit kering, Google pun ade.

  35. 55

    kalau dulu aku cenggitu la..tapi skang dah ok..hehe..dah tak amek port sangat pasal tu semua..yang penting adalah blog sentiasa update..menarik sungguh post ko tuh..:D

    • 56

      hehe..entri untuk mengingatkan je:)

  36. 57

    Saya mmg setuju lah kata-kata beliau ni..Tepat sekali..

    • 58

      :0beliau mmg setuju juga dgn anda..

  37. 59

    ‘better belajar untuk niche blog’

    apa maksud tu ye?

    • 60

      hari ni dah 3,4 kali jumpa word niche tu, tapi tak faham..hehe

      • 61

        niche blog ek?aku nak terang pun xpakar..niche blog ni blog khusus la..contohnye blog kesihatan, teknologi ke..
        nak lagi terang tanye problogger rohaizad.com confirm dye reply:) customer friendly..huhu

        • 62

          owh..takpe2..yg ni pun dah faham.. trimas2..nanti nak tau detail leh la tanya rohaizad.com tu..

  38. 63

    betul tu.. saya setuju la.. terutama no 8 tu..:p

Leave a Reply

CommentLuv Enabled