ShoutMix chat widget

[close]

Susulan Pertelingkahan Antara Blogger2 Melayu.

By yoy on May 3rd, 2010

Mata yang masih tidak mengantuk memaksa aku menjadi silent reader memblogwalking di sekitar blog2 berhampiran. Mataku tertancap pada satu krisis yang melanda antara blogger2 Melayu. Mungkin persengketaan sudah reda dan mmasing2 mengalah dan memohon ampun. Kosong kosong.

Tapi mesti masih berbekas setiap ayat yang dilontarkan. Dari dulu lagi banyak suara2 sumbang yang suka pertikaikan hasil nukilan blogger2 lain. Soal kualiti, kuantiti entri menjadi isu. Aku sendiri tak faham siapa yang menilai kualiti entri itu.

Ada yang kata walau follower dan reader beribu belum tentu entri dihasilkan berkualiti. Maka, untuk apakah beribu makhluk menjadi follower untuk blog tidak berkualiti?

Biar aku cerakinkan maksud dari suara2 itu.

Blog berkualiti adalah yang memberi info dan tutorial.

Yup, ini aku setuju. No offense. Memang blog yang memberi tutorial dan info sentiasa menjadi panduan dan pujaan terutama untuk newbie. Tapi macam mana pulak dengan blog yang tidak memberi sebarang profit tetapi menghiburkan. Macam blog2 cerita ZackZukhairi, Unfitered Madness yang ada beribu reader. Tak berkualiti ke sebab tak berinfo.

Blog plagiat blog sampah.

Kes yang biasa berlaku. Tapi yang hot di GB awal tahun ni semua tahu kan. Habis sumpah seranah kena si pemlagiat tu. Korang rasa, blog2 media yang popular sangat tu tak plagiat ke? Oh, mungkin mereka memang sanak saudara artis2 dan terus dapat berita direct kan. Agak2 la kalau nak sembur orang lain.

Pasal tutorial pun, ramai yang rasa dah jadi otai bila nampak ada newbie buat tutorial mula kata plagiat. Rasanya semua orang sekarang ni kategori ‘plagiat’. Cuma ayat diubah dan menjadi sebagai ‘research’ kalau dalam term thesis. Sebab semua tutorial tu berulang2 dalam banyak blog samada blog melayu atau Inggeris.

Masing2 cuma mengejar nama. Bila da famous, claim sebagai hasil tulisan original masing2.

Kualiti entri.

Ni yang susah nak describe. Kalau tengok penulisan Redmummy sempoi dan tak banyak info pun. Tapi kenapa famous? Entri Ben Ashaari pun pendek2 dan pasal hidup dia, lagi tak ada info tapi ramai follower. Takkan kualiti ditentukan melalui info dan maklumat yang berulang2 di dalam blog.

Itu pun ada suara2 sumbang tak puas hati. Katanya gila popular la. Memang blogger ni gila popular. Kalau tak kejadah la korang ping blog sampai berpuluh2 ping site untuk 1 entri. Bukan nak popular ke. Blog ditulis untuk dibaca.

Memang orang kita ramai yang ada PHD. Perasaan hasad dengki tak boleh tengok orang lain di atas. Rezeki masing2. Bak kata Cikgu Ijad, semua orang boleh jadi blogger, tapi tak semua boleh berjaya dalam blogging.

**edisi larut malam mata lebam.

Kongsi Meh!

blogging sekadar berkongsi. meluangkan masa agar tidak terbuang. berada di tahun akhir dalam sarjana muda di institusi pengajian awam. add beliau di Twitter | Facebook

46 Responses to “Susulan Pertelingkahan Antara Blogger2 Melayu.”

  1. 1

    oho..edisi melepaskan kemarahan… =)
    sabo2…mlut org xleh nk ttp…huhu

  2. 2

    aku stuju bab redmummy dengan ben ashari tu..sejujurnya aku ckp yg aku mmg tak gi pun blog diorg sbb xda pun info yg bermanfaat utk aku

    • 3

      erk..aku maksudkan xberinfo tu maksudnya bukan tutorial blog but personal daily blog..maksud aku di ayat tu, kualiti blog entri tidak tergantung pada tutorial dan ifo saja..

    • 4

      aku pun x jenguk blog redmummy. dia bukan idola aku dlm dunia blogging ni. hehe. aku lagi suka blog2 ada informasi.

      • 5

        kalau nak info ko jenguk la rohaizad.com g coaching skali..confirm puas hati..

    • 6

      honestly .. haku lebih berminat baca blog yg berencana, travel, info, coaching, review dan photoblog .. personal sikit2 ok lah tapi kalau macam redmummy tue.. xde kot..personal sangat..lagipun dia bukan artis.. hehe

  3. 7

    biasalah tuh…… erm tak tahu macam ne negara lain macam ne ek?? diaorang ada macam ne ke??

    • 8

      ade kot..tapi ntah..haha try r buat personal blog BI pastu cari gaduh ngan blogger2 sane..

  4. 9

    betul tu yoy.

    “Masing2 cuma mengejar nama. Bila da famous, claim sebagai hasil tulisan original masing2.”

    Sekarang ni pun, aku pun dah kurang blogwalking. Setakat ni, aku cuma theme walking, plugin walking dan wordpress walking nak kasi entri aku berkualiti.

    Bukan ape golongan orang baru atau golongan minoriti mcm aku ni bila buat tutorial-tutorial bagus-bagus kena rembat dengan orang yang popular. Kadang-kadang tension, kadang-kadang buat buat tak kisah je.
    Inilah lumrah blogging, sabar je la.

    • 10

      hoho..
      bagus r ko RG..persean je plagiat2 tu semua..hasil tulisan sendiri yang terbaik..

  5. 11

    menarik juga kata-kata kamu…

    • 12

      menarik juga komen kamu..:)

  6. 13

    normal le tu. makin blog tu popular, makin ramai yang xsuka. huhu.. sesama sendiri pun nak hasad dengki. huhu..

    • 14

      yup..
      tapi ramai orang suka..
      pedulikan yang tak suke tu..

  7. 15

    isu plagiat susah nak di hapuskan…phd memang dah jadi budaya kot..bukan dalam dunia blog je, mana2 bidang yg diceburi mesi ada kes gini..huhuhu

  8. 16

    Salam ziarah tuan,

    Pabila bidang blogger dah meniti di setiap mulut masyarakat, macam ni la jadinya.

    Kalau rasa entri kita menarik dan berinfo, lindungilah entri yang ditulis tu. Jangan bagi yang lain copy & paste.

  9. 17

    Ada lagi yang bertikam ke? hehe

    bagi saya entri mana yg berkualiti ni susah nak cakap, subjektif bagi setiap orang.. katalah blog kita ni entrinya kebanyakan bkenaan tutorial blog.. bagi blogger mungkin entri tu berguna, tapi bagi yang mencari artikel nak buat asgmt pasal sejarah tanahair.. apa guna semua benda tutorial tu.. bab plagiat pula, semua orang buat.. yg membezakannya cara dia tulis. Ada orang salin bulat-bulat dari ayat asal.. Ada orang cuba olah ayat baru untuk mengubah ayat yg asal.. Tu memang dah realiti dunia blog. Senang cerita, kalau tak nak orang plagiat entri, franchise kan je lah entri atau blog tu..

  10. 18

    aku rasa.. apa yang bro tulis ni sama dgn apa yg terbuku kat hati aku ni.. actually, dah lama aku nk luahkan tp blogger tak femes mcm aku, siapa la nak dgr kan? aku tulis pun, entah2 jd bahan kutukan je ada.. so, terpaksalah aku biarkan ianya bernanah kat hati aku. kui3..

    jd.. aku harap sangat semua blogger yg baca post ni akan faham dgn maksud tersurat dan tersirat yg disampaikan. aku dah bosan dgr blogger yg asyik dok mengata blog org lain tak bermanfaat dan sampah sbb masing2 ada tujuan tersendiri wujudkan blog..

    • 19

      yup.. sesedap rasa je kan mengata? kalau x suke x yah la bace kan? T_T sengal giler… hahahahahaha..

      • 20

        bro memang memahami T_T

  11. 21

    Benar kata tuan rumah, blog yang berkualiti bukan pada tutorial dn info saja, ada juga blog bercerita yang tersurat dan tersirat nasihat jika rajin berfikir..

  12. 22

    aku pun kadang2 tak faham gak..ada blog yang dah 2 bulan tak update,tapi follower bertambah tiap hari..

  13. 23

    good entri
    kualiti entri adalah yg utama
    jgn kita claim follower tak ramai dan xda comment, blog tu takbest

  14. 24

    aku lebih fokus kehidupan seharian untuk dikongsikan dalam blog!

  15. 25

    kalau benda elok, baguslah nak copy paste pastu bagi credit..kalau tak elok, tak perlu lah nak plagiat..makin bertambah2 pulak dosa ni..
    tak semestinya blog tutorial je yang berkualiti, kita pun boleh selitkan sikit2 kat dalam entri..kalau semua nak buat tutorial bosan jugak kan…
    sampah ke tak sampah..lu pikirlah sendiri..

    • 26

      stuju bro..personal blog sumtime bes gak bace:)

  16. 27

    aku lak tak kessa blog personal ka, blog copypaste emel ka, blog gosip etc, asalkan xsemak dengan bunga2, xsemak dgn .gif yg melampau byknya, takdak lagu autoplay susah nak cari button stop dan xsemak dengan font kaler maler kEcIk bEsAq..

    haha cam off topic ja komen aku ;p

    • 28

      haha.. x off pun..ok la..aku pun same..xsuke kriteria ko listkan tu..

  17. 29

    kalau nak elak fitnah macam ni, buatlah blog yg bkualiti. aku setuju dgn ko yoy. ramai yg x puas hati sbb sesetengah blog tu tak best pun tp ramai followers n readers. tapi kita xtau mcm mana sejarah seseorang blogger tu. maybe dorang dah struggle gile 2,3 tahun utk capai tahap yg dorang ada skg. btol x? kejayaan bkn dtg bergolek. cuma ada la sesetengah blog baru yg cepat naik. tapi mesti ada resipi tersendiri. cuba kaji blog2 yg femes ni, apa yg dorang ada dan apa yg kita xde. cuba improve.

    psl buat tutorial tu aku stuju jgk. kalo blogger lama asyik nak claim dorang punya je, susahla. sampai bila blogger2 baru nak naik dalam arena blogging ni. dorang pun kadang2 ambik dari blog org putih, translate n ubah2 ayat. so normal la tu. aku kdg2 buat jgk sbb nak confirmkan info tu betol ke x.

    blog pasal artis sgt banyak. berlambak2. entri pun lebih kurang sama, aku pun xtau sape tiru sape kan.

    • 30

      yup..aku stuju..pasal claim2 ni xpatut..ilmu mesti dikongsi sbab reader blog lain2..
      kalau terang2 plagiat dan claim sendri unye artikel baru lah salah..
      pasal femes tu..usaha sendiri r..strategi kene ade..

    • 31

      Tutor entry setuju ngan ko amir .. sepatutnya isu claim2 neh tak timbul ..sbb diorang pun cedok dari luar jgk .. lainlah dia buat sesuatu yg baru yg orang lain xpernah buat..

      blog artis ? buat masa neh haku cuma percayakan Gua.com dan Murai.com pasal diorang betul2 ada team sendiri yg pg korek cerita pasal artis ..yg lain? maybe cedok dari tempat lain atau dapat info dari 3 -4 orang sebelum tue..lagi pun blog2 artis neh gemar tunjuk gambar seksi meksi je .. info pasal artis..kurang sangat..

  18. 32

    kena ambil faktor rupa paras juga nk popular neh .. dah rezeki masing2 nk buat macamana..tapi janganlah ada PHD dalam diri masing2 ..dah juga riak..

    • 33

      rupe paras..aha..aku dah cukup hensem x?hehe

      • 34

        ko tunjuk satu badan..sepatutnya tumpukan pada rupa paras..kalau mau satu badan kena tayang body sket..hehehe ..joking lor..

  19. 35

    salam..
    eh..sejak bila tuan rumah dah tukar jasey baju nie? ingat salah masuk tadi..huhuhu..

    hehehe..ia membuatkan aku tertawa sendiri..wakiki adeh wat pa gaduh2 tak datangkan hasil kebun setaman pun..baik pakat baik2 kita majukan dunia blog masing2..

    tak kiralah apa cara sekalipun yang penting kita gunakan jalan yang halal dan maju membangun bersama bloger2 yang lain. barulah jadi komuniti bloger yang sihat :)

  20. 36

    first tyme aku masuk sini
    ni semua entri ‘hentam blogger’ kat azizwan dot com punya pasal
    hahaha
    aku gelak je kalau tengok blogger sesama blogger berbalah
    aku mengaku aku newbie
    jd aku rasa kelakar bila tgk otai2 berbalah
    korang tak rasa kelakar ke tgk pemimpin kerajaan ngan pemimpin pembangkang berbalah?
    sama je dalam konteks berblogging ni
    tak ubah macam perbalahan antara parti kat malaysia ni

  21. 37

    aku heran gak kenapa ada manusia yang membuat kerja sebegitu rupa untuk mengata blog orang lain ? heran jugak..aku plan ni nak buat entri pedas pasal inilah

  22. 38

    tak hairan sebenarnya.. yang menulis pun manusia..
    manusia ni berbeza-beza, berkelompok-kelompok
    ada yang berlapang dada, ada yang tak boleh terima cara orang lain
    bukan kata blogger biasa jer
    blogger-blogger hal-hal agama pun ada yang bertelingkah.. berdebat tak habis-habis
    Kalau hal politik lagilah..

  23. 39

    penulisan yang menarik, aku tak kisah dorang nak tulis apa. pasal soal peribadi dan tidak berinfo itu terpulang kepada empunya blog. kalau dah dikategorikan blog peribadi, sudah tentu menceritakan cerita peribadi. kalau blog kita dah bercampur aduk dengan tips, tutorial dan sebagainya. kira dikategorikan others. rasanya, blogger sendiri tidak pasti untuk kategorikan blog sendiri. itu yang menjadi masalah antara kita. :) aku sendiri tak tahu nak kategorikan blog aku. serius. ko Yoy? blog ko kategori apa? personal ke? mesti bukankan. :)

  24. 40

    tak ada kerja lain ka tu manusia.. buatlah blog yang berarti, tak perlu la bertelingkah dengan yang lain.

  25. 41

    kadang2 entri yg kita buat hanya 2 baris…tapi ada org lain yg mendapat manfaatnya – ok le juga tu

    tapi kak jie mmg seronok membaca blog – mcm2 jenis baca
    itulah hidup yg berwarna warni

    • 42

      setuju kak jie..orang kate lain padang lain belalang, lain blog lain pulak reader kan..

  26. 43

    insyaallah fenomena ‘tsumaki’ ni akan berakhir sepertimana gejala rempit, punk dan segala jadah yang buruk dulu ni..dan kita akan berblogging seperti biasa..diorang akan sedar takde guna pun nak maki2 ni..

    peace on earth! :)

  27. 44

    blog adalah seni, dan seorang rakan pernah cakap seni tu adalah satu peniruan. Jadi? :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled